Umat islam di seluruh dunia akan menyambut penguhulu segala bulan iaitu Ramadhan beberapa hari lagi. Justeru, berikut beberapa tips kesempurnaan puasa yang boleh dikongsi bersama. Pertama, menahan mata dari memandang perkara yang dicela sebaliknya lebihkan memandang l-Quran. Kedua, menjaga lisan dari berkata buruk sebaliknya lebihkan berzikir. Ketiga, menahan pendengaran daripada perkara haram sebaliknya lebihkan mendengar kebaikan. Keempat, menahan anggota badan seperti kaki, tangan dan perut dari pelbagai dosa sebaliknya tumpukan anggota tersebut kepada perkara kebaikan. Kelima, tidak terlalu banyak makan ketika berbuka sebaliknya berbuka sekadar makan biasa. Keenam, mengurangkan tidur dan lebihkan amalan sunat. Ketujuh, merasa cemas dan harap iaitu hati sentiasa bimbang jika amalan puasanya tidak diterima dan berharap supaya amalan diterima Allah SWT.
JKDSPMPV mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat islam terutama pelajar dan warga pendidik.
Semoga ramadhan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selamat berpuasa
*Sumber : buletin IKRAM
No comments:
Post a Comment