Tuesday, August 26, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 2)

Fertigasi (Drip Irrigation Technique) didefinisikan sebagai Penanaman Tanpa Tanah (soiless culture) dengan pemberian baja melalui sistem pengairan.
Kelebihan sistem fertigasi adalah :
i. Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok
ii. Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
iii. Mengatasi masaalah tanah
iv. Meningkatkan hasil pengeluaran
v. Masalah merumpai sangat rendah
vi. Kualiti hasil yang lebih baik
vii. Penggunaan baja yang cekap
viii. Mengurangkan penggunaan racun
ix. Hasil yang lebih tinggi

Kelemahan sistem fertigasi adalah :
i. Modal permulaan yang tinggi
ii. Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman
iii. Pengurusan ladang yang berterusan
iv. Kerosakan sistem membawa kerugian
Tanaman yang boleh ditanam ialah tanaman sayur berbuah seperti Tomato, Cili, Melon, Timun jepun dan Terung.
Bersambung pada artikel akan datang.

Monday, August 11, 2008

SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN NEGERI JOHOR 2008

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD) dan Jawatankuasa Daerah Sains Pertanian dan Matapelajaran Vokasional daerah Pontian (JKD SPMPV) telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Akademik Mata Pelajaran Sains Pertanian Negeri Johor 2008. Program tersebut diadakan pada hari Sabtu (9hb Ogos 2008) di dewan SMK Ayer Baloi Pontian bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.30 petang.
Program dimulakan dengan ucapan En. Sujak bin Maskan dari Unit Kurikulum JPNJ selaku wakil JPNJ. Pembentangan pertama dilakukan oleh En. Mohd Shariff bin Omar dan pembentangan kedua oleh En. Zulnaidi bin Abdullah, kedua-dua pembentang adalah Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 96% peserta menghadirkan diri dari semua sekolah dalam daerah Pontian.
Editor dan JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan progran kecemerlangan ini terutama kepada JPNJ, PPD, Pengetua SMK Ayer Baloi, guru-guru dan semua peserta yang terlibat.

Wednesday, August 6, 2008

TANAMAN SECARA FERTIGASI DI SMK TELOK KERANG PONTIAN (Bahagian 1)

Persatuan Sains Pertanian dan Landskap, SMK Telok Kerang Pontian akan melaksanakan program menanam semula timun, kacang buncis, kacang bendi dan kacang panjang secara fertigasi. Tanaman tersebut merupakan tanaman musim ke-3 selepas mask melon dan tembikai wangi yang baru di tuai hasilnya beberapa minggu lalu. Projek fertigasi ini bermula pada penghujung tahun 2007 di bawah seliaan En. Hasan Kasmuri yang mendapat sokongan padu dari pengetua, para pentadbir, guru-guru, kakitangan dan pelajar. Projek Fertigasi di sini mempunyai 4 buah rumah lindungan dimana setiap satu mempunyai 62 buah polibeg yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang dikawal secara automatik.
Projek ini adalah selaras dengan Sukatan Pelajaran Sains Pertanian tingkatan 5 di bawah topik Teknologi Dalam Pertanian.
Bersambung pada artikel akan datang.