Untuk panduan kita bersama.
Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Wednesday, April 16, 2014
Eksperimen Menentukan Tekstur Tanah : Kaedah Mendapan
Tajuk :
Eksperimen Menetukan tekstur tanah secara mendapan (SPM 2005, SPM 2010)
Bahan :
Sampel tanah, air.Radas : Balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah Atterberg.
Langkah-langkah :
- Masukkan tanah ke dalam balang gas sehingga
separuh penuh.
- Masukkan air ke dalam balang gas sehingga tiga
per empat penuh.
- Tutup mulut balang gas dengan penutup
- Goncangkan campuran perlahan-lahan supaya
kumin tanah terpisah.
- Biarkan balang gas di atas meja semalaman (24
jam) .
- Lakukan pemerhatian.
- Ukur ketinggian ( gunakan pembaris) setiap
pisahan tanah
- Catatkan dalam jadual.
- Hitungkan peratusan pisahan tanah.
- Tentukan kelas tekstur tanah berdasarkan
peratusan pisahan
1. Meja yang digunakan untuk meletakkan balang gas mestilah rata.
Friday, April 11, 2014
Monday, April 7, 2014
Friday, April 4, 2014
Tuesday, April 1, 2014
Lawatan Lestari ke Cameron Highland 2014
Seramai 35 murid telah menyertai lawatan lestari ke Cameron Highland
anjuran JK Mata Pelajaran Sains Pertanian, SMK Telok Kerang pada 19-21hb Mac
2014. Banyak perkara yang murid pelajari sepanjang sesi lawatan ini seperti menghargai dan
mensyukuri keindahan alam sekitar, mendidik akhlak murid selaras dengan ajaran
agama dan menjadikan
lawatan sebagai wadah memberi pengalaman dan pengetahuan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini Semoga usaha anda semua diberkati Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)