Thursday, June 27, 2013

Motivasi : Prof. Dr. Muhaya


1. Kepentingan menghargai nikmat yang ada kerana kita akan dapat apa yang kita beri.
2. Kewajipan menjalankan tanggungjawab al amr bil makruf wannahy anil munkar.
3. Beri keutamaan kepada hubungan suami isteri, keluarga terdekat, kemudian barulah dengan orang-orang lain.
4. Bangun awal pagi untuk munajat kepadaNya agar urusan harian kita jadi mudah.
5. Banyak muhasabah diri dari mencari aib-aib orang lain.
6. Rancang kerja-kerja harian agar lebih sistematik, untuk mengurangkan stress.
7. Kurangkan masa dengan manusia sepertt facebook dan lain-lain, banyakkan masa jalinan dengan Allah SWT

Thursday, June 20, 2013

Jerebu 2013

Friday, June 14, 2013

SAPS


Dimaklumkan bahawa SAPS akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA sehingga 30 Jun 2013. Terima kasih.

Monday, June 10, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Datang Syaaban

Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban (malam Nisfu Syaaban) dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Selamat beramal.
Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith/amalan-amalan-sunat-di-bulan-syaaban

Sunday, June 2, 2013

Lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam

Seramai 37 orang murid dan 3 orang guru dari SMK Telok Kerang Pontian telah mengadakan lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) pada hari Khamis (23hb Mei 2013) yang lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini.