Tuesday, May 28, 2013

Tanah

Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
A : Sisa tumbuhan dan haiwan
B : Tanah atas
C : Tanah bawah
D : Batuan
Kepentingan Tanah
a.  memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
b.  membekalkan nutrien kepada tumbuhan
c   membekalkan oksigen dan air

Kepentingan Tanah
a.  memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
     - supaya tumbuhan tumbuh tegak dan menerima cahaya yang cukup

b.  membekalkan nutrien kepada tumbuhan
     - nutrien wujud dalam bentuk bahan organik tersimpan dalam tanah
     - bahan organik yang mereput membebaskan nutrien

c   membekalkan oksigen dan air
     - oksigen diperlukan untuk proses respirasi melalui akar
     - air diserap oleh akar tumbuhan bersama nutrien

Pengetahuan Am
"Untuk membersihkan bekas kamu yang dijilat  anjing, basuhlah bekas itu sebanyak tujuh kali .  Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah." (Riwayat al-Dar Qutni)

"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging khinzir dan haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah." (al-Baqarah 2 : 173)

Anjing dan khinzir adalah binatang bernajis berat.  Kita perlu berhati-hati jika terlibat dengan kedua binatang tersebut terutama ketika membersihkan najis dari keduanya.  Mungkin ada yang bertanya sebab tanah perlu digunakan untuk mencuci najis berat ini.  Tidak bolehkah menggunakan bahan pencuci seperti sabun atau detergen lain? Adakah tanah mempunyai sifat-sifat istimewa?  


Mungkin ini boleh membantu :

1. Pelbagai ubat-ubatan moden khususnya antibiotik terhasil dar sumber tanah seperti cyclosporin, penicilin, streptomycin, erythromycin, tetcacylin, aureomycin dan sebagainya.
2. Kajian perubatan moden mendapati bahawa tanah mengandungi bakteria yang menghasilkan ivermectin yang berfungsi sebagai ubat untuk membunuh cacing yang menyerang manusia dan ternakan.
3. Bahan antikanser juga didapati daripada bakteria tertentu dalam tanah untuk membunuh sel-sel kanser.
4. Kajian oleh WHO mendapati sabun, abu dan tanah selut efektif sebagai bahan pencuci jika dilakukan dengan cara yang betul.
5. Kajian di Amerika mendapati tanah mampu berfungsi sebagai agen pembersih atau penapis air (river-bank-filteration).  Ini juga membuktikan air yang mengalir boleh digunakan untuk berwudhuk keranan diyakini bersih dan selamat berpandukan kajian ini.
6. Nabi Adam berasal daripada tanah, tanaman juga berasal daripada tanah, dan orang yang meninggal dunia juga dikebumilkan di dalam tanah.
7. Unsur kedua terbanyak di bumi selain air.

Sumber : majalah SOLUSI isu 56 Jun 2013)

Monday, May 20, 2013

Pengetahuan Am

Kaedah Menghasilkan Varieti Baru Tanaman

1. Mengenalpasti Baka Berpotensi
• Menyediakan tumbuhan yang berbagai sifat dan berpotensi
• Terdiri daripada varieti yang sedang ditanam, tanaman dari genus yang sama dan tumbuhan liar yang tumbuh ditempat asal tanaman itu.

2. Melakukan Pemilihan
• Setelah baka berpotensi dikenalpasti, pemilihan boleh dilakukan.
• Asas pemilihan berdasarkan ada atau tidaknya sifat tumbuhan yang dikehendakiserta perbandingan prestasi pokok tersebut dengan pokok lain.
• Pokok yang sediada juga boleh dipilih, ia boleh dipertingkatkan prestasinya secara mengkacuk dengan pokok induk yang lain

3. Melakukan Pengacukan
• Pengacukan dapat menggabungkan bahan genetik dari dua pokok induk.
• Sifat yang dikehendaki boleh dipindahkan dari pokok yang dipilih.
• Hasil pengacukan dipanggil Hibrid
• Anak pokok baru hibrid mempunyai kombinasi baru bahan genetik.

4. Menguji Generasi F1
• Generasi F1 merupakan anak pokok generasi pertama hasil penggabungan bahan genetik kedua pokok induk secara kacukan.
• Pokok ini diuji terlebih dahulu berdasarkan sifat tertentu seperti pengeluaran dan keresistanan penyakit.
• Hasil daripada pengujian generasi F1 menentukan samada biji benih diakui berprestasi baik dan seterusnya digunakan untuk pembiakan

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Wednesday, May 8, 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi murid tingkatan 4 dan 5 telah bermula dikebanyakan sekolah.  JSI bagi setiap kertas bagi matapelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian telah dibincang dan diedarkan kepada semua Ketua Panitia ketika mesyuarat JSI yang lalu. Kepada semua murid, luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan jawab soalan dengan tenang.  Kami doakan semoga anda mendapat keputusan terbaik.
Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013.

Thursday, May 2, 2013

Pesanan Kepada Pengundi Dalam PRU13


a) Menjalankan tanggungjawab mengundi 
b) Membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat lengkap dan adil terhadap calon, parti dan manifesto.
c) Tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian dan juga hasutan sebagai asas pemilihan.
d) Mengeji, mengelakkan diri dari menyokong, menyebarluaskan bahan tidak bermoral dan biarlah pihak berkuasa yang terlibat membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang.
e) Memilih mereka yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam.
f) Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
g) Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam.
h) Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik.
i) Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungannya.
j) Memahami konteks politik di Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
k) Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir.
l) Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam.
Sehubungan itu juga, MURSHID juga ingin mengingatkan para pengundi sekelian bahawa pilihan yang anda lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Maka, pastikan pilihan anda itu bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

Dari kami MURSHID :
Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)
Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)
Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)
Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

Ahli Jawatankuasa
Dr Maszlee Malik
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Dr Mohd Sukki Othman
Sumber dan artikel penuh dari : http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1019-seruan-murshid-menjelang-pru-13-malaysia.html