Bengkel tersebut telah di laksanakan dengan jayanya pada 4hb Julai 2012 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Bengkel yang dilaksanakan di SMK Ayer Baloi Pontian itu telah mensasarkan murid yang mencapai markah rendah dalam Peperiksaan Percubaan SPM sebagai peserta.
Seramai 60 orang murid dari seluruh Daerah Pontian telah terlibat dalam bengkel selama 4 jam itu. Ia memfokuskan kepada teknik menjawab Kertas 2 kerana pemberatan dalam pemarkahan SPM. Dua orang penceramah terlibat secara langsung sepanjang bengkel tersebut yang terdiri daripada Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel tersebut terutamanya kepada Pengetua SMK Ayer Baloi, semua peserta, penceramah dan semua guru yang terlibat. Semoga usaha tuan / puan akan diberkati Allah SWT.
Terma kasih.