Blog Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sains Pertanian Daerah Pontian, Johor Darul Takzim.
Wednesday, May 30, 2012
Fokus Amali 1/2012
Menentukan pH tanah dengan kaedah Larutan Penunjuk Universel (Kaedah Kuhn).
Bahan : Sampel tanah, Air suling, Barium sulfat, Larutan penunjuk universal.
Radas : Tabung uji, Penyumbat tabung uji, Rak tabung uji, Spatula dan Carta warna pH.
Langkah-langkah eksperimen :
1. Masukkan 2-5 cm barium sulfat ke dalam sebuah tabung uji
2. Masukkan 2-5 cm sampel tanah ke dalam tabung uji tersebut.
3. Tambahkan air suling hingga ¾ penuh tabung uji tersebut.
4. Tambahkan 2-3 titis larutan penunjuk universal.
5. Tutup tabung uji itu dengan penyumbat tabung uji.
6. Goncang tabung uji tersebut.
7. Letak tabung uji tersebut dalam rak tabung uji
8. Biarkan ia mendak.
9. Perhatikan warna yang terhasil.
10. Padankan warna itu dengan carta warna pH.
11. Tentukan nilai pH.
12. Ulang eksperimen dengan menggunakan 2 sampel tanah yang lain.
Langkah keselamatan
1. Jangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang tabung uji.
2. Lakukan penentuan warna pH di tempat terang
Saturday, May 26, 2012
Selamat Bercuti
Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama 2 minggu telah pun bermula (26hb Mei - 20hb Jun 2012). JKD mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid. Semua murid diharap dapat menggunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya kerana Peperiksaan SPM hanya tinggal l62 hari lagi (ketika blog ini dikemaskini). Seperti biasa, semua guru sibuk dengan pelbagai tugasan termasuk kelas tambahan, menanda kertas jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, membuat analisa, memasukkan data ke SAPS dan sebagainya. Selamat bercuti dan jaga keselamatan.
Wednesday, May 23, 2012
Selamat Hari Guru 2012
Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mendidik anak bangsa kami supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.
Bengkel Penandaan Kertas Sains Pertanian SPM
Satu bengkel Penandaan Kertas Jawapan Sains Pertanian SPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah akan diadakan seperti ketetapan di bawah :- Tarikh : 24hb Mei 2012 (Khamis)
- Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
- Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Benut
Selamat berbengkel.
Subscribe to:
Posts (Atom)