Friday, August 26, 2016

Sebahagian Rujukan Untuk MPEI Pertanian

Disenaraikan beberapa bahan yang mungkin boleh membantu guru dan murid MPEI Pertanian.
Semoga bermanfaat.

Friday, August 19, 2016

Orientasi Penyebaran KSSM MPEI Pertanian Daerah Pontian 2016






Alhamdulillah..Orientasi Penyebaran KSSM MPEI Pertanian telah berjaya disempurnakan pada 18hb Ogos 2016.  Majlis bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 3.30 petang.  Kehadiran peserta 100%.  Kandungan DSKP, kerja kursus, keperluan pelaksanaan dan perkara lain yang berkaitan turut diterangkan dan dibincang.

Kursus Ternakan Puyuh Pedaging (insyaallah) akan diberi kepada semua guru daerah Pontian dan semua JU MPEI Pertanian Negeri Johor sebagai salah satu persediaan pelaksanaan MEPI Pertanian tahun hadapan.  Perincian kursus akan dimaklumkan melalui telegram.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan orientasi KSSM ini terutamanya KEtua Unit UTV PPD Pontian, Tn. HJ. Abdul Wahid bin Mohd Yusof, JKDSP Pontian dan semua peserta orientasi.  Semoga orientasi ini akan membantu pelaksanaan MPEI Pertanian 2017.

Pontian Dinamik .

Wednesday, August 17, 2016

Kursus Orientasi KSSM MPEI Pertanian Daerah

PPD Pontian akan melaksanakan kursus tersebut pada hari Khamis (18 Ogos 2016) di Bilik Mesyuarat SMK Telok Kerang bermula jam 8.00 pagi dan tamat 4.30 petang (Insyaallah).

Kesemua Jurulatih Utama dan Ketua Panitia MPEI Pertanian diwajibkan hadir.  Untuk keretangan lanjut sila rujuk surat PPD Pontian bernombor rujukan JPA6008.UTV/600-3/7/1 Jld 49(  ) yang bertarikh 11 Ogos 2016.

Harap maklum.