Thursday, March 26, 2015

Lawatan Belajar ke Stesen MARDI Kluang

Pada 11hb Mac 2015 (Rabu), seramai 38 murid tingkatan 4 dan 5 berserta dua orang guru SMK Telok Kerang telah mengadakan lawatan belajar ke Stesen MARDI Kluang.  Acara yang menjadi aktiviti tahunan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Peserta dan guru telah diberi penerangan dan tunjukcara malah mencuba sendiri membiakkan tanaman menggunakan kaedah aseks iaitu pembiakan tut dan cantuman matatunas.



Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini, terutama kepada Pengarah dan para Pegawai Stesen MARDI Kluang.  Jasa kalian tetap kami kenang.
Terima kasih.

Friday, March 20, 2015

Semakan Kenaikan Pangkat Online

Rakan-rakan guru boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara atas talian di url berikut http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/

http://apps9.moe.gov.my/naikpangkat/

Takwim Peperiksaan 2015


sumber : http://www.moe.gov.my/v/takwim-peperiksaan

Tuesday, March 10, 2015

Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 (02/2015 Daerah Pontian)

Taklimat Kolokium Sains Pertanian Johor 2015 kali ke-2 telah sempurna dilaksanakan pada 9hb Mac 2015 (Isnin) jam 2.10 hingga 5.00 petang.  Taklimat yang diadakan di Bilik Audio, SMK Telok Kerang itu dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (PPPD Teknik dan Vokasional PPD Pontian.

Taklimat tersebut juga menyelaras aktiviti kolokium setiap sekolah termasuk perkembangan projek tanaman, masalah yang dihadapi dan cadangan mengatasi.  Taklimat kali ke-3 akan dimaklumkan kelak setelah berbincang dengan pihak berkaitan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan taklimat ini.

Monday, March 2, 2015

Keputusan SPM 2014