Monday, October 27, 2014

Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kali ke-4, SMK Telok Kerang Pontian Johor

Pentas utama Majlis Graduasi 2014
Majlis Graduasi Tingkatan 5 kali ke-4, SMK Telok Kerang telah disempurnakan dengan jayanya pada hari Ahad, 26hb Oktober 2014 bersamaan 2hb Muharam 1436H.  
YB ADUN Kukup, Hj Suhaimi bin Hj Salleh menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan
diiringi Pn. Azizah binti Hj Omar, Pengetua SMK Telok Kerang dan Tn. Hj. Omar bin Hj. Ahmad, Timbalan YDP PIBG, .
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Suhaimi bin Hj Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU),Kukup.  Majlis bermula jam 8.20 pagi dengan perarakan masuk graduan seramai 130 orang, diikuti guru, pentadbir dan perasmi.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran lebih 120 orang ibubapa dan penjaga graduan. Alunan paluan gamelan oleh ahli Kelab Muzik SMK Telok Kerang dan suasana pagi yang ceria cukup memberi makna kepada graduan yang diraikan iaitu calon SPM 2014. Majlis tamat jam 10.15pagi.

Sebahagian guru dan graduan selepas Majlis Graduasi 2014
Doa kami, semoga mereka dapat menjawab soalan SPM 2014 dengan baik dan mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Sebahagian tenaga kerja yang menjayakan Majlis Graduasi 2014.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.  Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha murni kalian.
Terima kasih.

...


Sunday, October 19, 2014

...

...kita di mana yer?

Saturday, October 18, 2014

MAS (Minimum Adequate Syilibus) : Panduan untuk Calon Lemah

Minimum Adequate Syilibus (MAS) adalah contoh nota ringkas atau jawapan paling minimum yang boleh dijadikan panduan (atau dihafal) oleh calon lemah.  Ini adalah antara usaha untuk memastikan calon lemah mendapat markah maksimum sesuai dengan keupayaan mereka.

Dokumen MAS boleh dimuat turun di pautan berikut http://uploadmb.com/dw.php?id=1413587033&/Program MAS.doc

Selamat mencuba.

Friday, October 17, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 3 atau 4 (Bil 3)

Contoh Soalan

Contoh Jawapan

Thursday, October 16, 2014

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian Tahun 2014

  
Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Sekolah-Sekolah Daerah Pontian 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16hb Oktober 2014 (Rabu) bermula jam 8.30 pagi di SMK Ayer Baloi Pontian.  Bengkel tersebut anjuran Unit Teknik dan Vokasional, PPD Pontian, JKD Sains Pertanian dan Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor.  Seramai 94 murid dari lima buah sekolah daerah Pontian telah mengikuti bengkel tersebut.  




Penceramah bengkel kertas 2 adalah En. Salim bin Amir, dari SMK Tun Dr. Ismail Muar Johor.  Manakala, penceramah bengkel kertas 1 adalah En.Nordin bin Ehsan dari SMK Telok Kerang, Pontian Johor.  Peserta dibekalkan bahan Kecemerlangan SPM 2014 yang terdiri daripada analisis soalan, koleksi soalan Peperiksaan Percubaan Kertas 1 dan Kertas 2 SPM 2014 negeri-negeri terpilih seluruh Malaysia berserta skema permarkahan.  Bengkel tamat jam 1.15 tengahari.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel ini samada secara langsung atau tidak langsung.  Semoga usaha tuan/puan ini mencapai objektifnya iaitu meningkatkan pencapaian SPM dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Terima kasih semua.

Tuesday, October 14, 2014

...

Renung-renungkan dan selamat beramal...!

Monday, October 13, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 3 atau 4 (Bil 2)

Contoh Soalan : 

Contoh Jawapan 

Friday, October 10, 2014

Bacaan Al-Quraan : Salman Utaybi


Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 3 dan 4 (Bil 1)

Soalan 3 dan 4 (Kuatitatif)
Pengiraan Baja
Hitung nutrien
Hitung kos baja
Maksud gred baja
Hitung baja
Hitung kos baja
Hitung kos baja untuk keluasan tertentu

Pengiraan NPM dan Belanjawan
Hitung berat makanan
Hitung kos makanan
Hitung NPM
Sediakan belanjawan
Hitung PSRL
Hitung pulangan sejumlah pelaburan


Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian 2014


Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian sekolah-sekolah menengah Daerah Pontian 2014 telah diadakan pada 9hb Oktober 2014 (Khamis) di Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang.  Seramai 65 murid terpilih dari semua sekolah daerah Pontian telah menyertai program ini yang bermatlamatkan untuk mencapai A+ bagi Sains Pertanian dalam SPM tahun ini.

Penceramah Kertas 2 adalah En. Salem bin Amir, GC Sains Pertanian dari SMK Tun Dr. Ismail Muar.  Ceramah bermula jam 8.45 pagi dan tamat jam 11.00 pagi sebelum berehat selama 20 minit untuk sesi bengkel ke-2.

Penceramah Kertas 1 adalah En. Bukari bin Paiman, GC Sains Pertanian dari SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat.  Bengkel bermula jam 11.30 dan tamat jam 1.30 tengahari.
Tahniah kepada peserta yang begitu aktif sepanjang bengkel dijalankan.  Harapan kami, semoga bengkel ini dapat membantu murid mencapai keputusan terbaik dalam SPM 2014.
Terima kasih kepada semua yang membantu sehingga bengkel dapat dilaksanakan dengan jayanya terutama Tn, Hj. Wahid bin Mohd Yusof (UTV PPD Pontian), Pn. Hjh. Azizah binti Hj Omar (Pengerusi JKD Sains Pertanian dan MPV Pontian), En. Abd. Hadi Ambok Ingtang (GKMPTV), penceramah undangan dan semua guru Sains Pertanian daerah Pontian.
Semoga usaha kita semua diberkatiNya.
Terima kasih.

Monday, October 6, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 10)


Contoh soalan :
a) Terangkan faktor yang mempengaruhi PENINGKATAN PENDAPATAN .
Contoh jawapan :
        i.            Kuantiti hasil meningkat
§   Menggunakan baka/benih yang berkualiti
§   Pengurusan tanaman yang baik/cekap
§   Tiada serangan perosak/penyakit/bencana alam
     ii.            Harga hasil meningkat
§   Hasil berkualiti tinggi
§   Penawaran kurang berbanding permintaan (hasil sedikit permintaan tinggi)
§   Dijual pada musim perayaan
   iii.            Permintaan tinggi
§   Kesan daripada promosi/pengiklanan
§   Musim perayaan/ kenduri kahwin/ tempat orang ramai
    iv.            Hasil Diproses
§   Pelbagai bentuk produk
§   Minat pembeli yang berbeza


Contoh soalan :
a) Terangkan faktor yang mempengaruhi PENURUNAN PERBELANJAAN .
Contoh jawapan :
        i.            Harga alat/bahan rendah/turun
§   Beli secara pukal/ borong/ banyak
§   Beli alatan/bahan tempatan bukan diimport
     ii.            Upah rendah/menurun
§   Menggunakan buruh asing
§   Buruh daripada Indonesia, Nepal dll
§   Menggunakan ahli keluarga/ gotong royong/ berderau
§   Menggunakan kaedah ladang kontrak
   iii.            Kos luar jangka kurang
§   Tiada berlaku/ kurang berlaku bencana/penyakit/perosak yang dijangkakan
§   Tidak berlaku kenaikan barangan/alatan/bahan


Contoh soalan :
a) Terangkan faktor yang mempengaruhi PENINGKATAN KEUNTUNGAN .
Contoh jawapan :
        i.            Pendapatan Meningkat
§   kuantiti hasil meningkat
§   harga hasil meningkat
§   permintaan hasil meningkat
     ii.            Perbelanjaan menurun
§   Harga alat/bahan rendah/turum
§   Upah rendah
Kos luar jangka kurang/tiada

Thursday, October 2, 2014

Soalan Pilihan : Kertas 2 Soalan 2 (Bil 9)

Menganalisis data
Panduan menjawab :
a) Pemilihan bidangusaha hendaklah berdasarkan keuntungan dan PSRL
    - pilih keuntungan yang tinggi (dan perbelanjaan lebih rendah, jika berkaitan dengan data diberi)
    - pilih nilai PSRL yang lebih tinggi / besar

b) Keputusan masa depan bidang usaha seperti berikut :
Contoh : jika PSRL 1.2
a)      Meneruskan bidang usaha jika PSRL tinggi dan membesarkannya ataupun meneruskan dengan kapasiti yang sama.
Contoh : jika PSRL 0.9
b)     Membubarkan bidang usaha jika kerugian yang tinggi dan dijangka berpanjangan dengan menjualkan semua aset  sebelum menutup ladang.
Contoh : jika PSRL 1.0
c)      Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika terdapat saingan sengit, sukar mendapat bekalan input ataupun harga pasaran yang terlampau rendah.
Contoh : jika PSRL 1.0
d)     Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika didapati pengusaha yang menyebabkan kerugian dan tidak cekap


Hazzirah Izzati Pelajar Paling Muda dianugerahkan PhD UTM

Hazzirah Izzati Mat Hassim
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Semoga Hazzirah Izzati terus cemerlang dan menyumbang yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

sumber http://www.news.utm.my/2014/09/tahniah-hazzirah-izzati-pelajar-paling-muda-dianugerahkan-phd-utm/