Friday, October 25, 2013

Google : Si Enjin Carian (1)

Google search merupakan salah satu enjin carian yang paling popular atau kerap diguna untuk membuat sesuatu carian Enjin carian popular yang lain termasuk Bing, Yahoo, Ask, Aol, mywebsearch, Blekko, Lycos, Dogpile, WebCrawler dan sebagainya.

Pencarian maklumat yang lebih tepat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa jika pengguna memahami serba sedikit tips mengguna enjin carian. Contoh :
1. Convert Unit : digunakan untuk menukar mata wang, RM ke tukaran asing dan unit metrik, atau mana-mana unit lain. Cara : taip unit yang dikenali dan unit yang tidak diketahui untuk mencari jawapan anda. Contoh : taip "10 dolar AS in RM" atau "69 meter in inch" atau "10kmh in mph" atau apa-apa sahaja unit yang berkaitan.
"10 dolar AS in RM"

"69 meter in inch"
Selamat mencuba.

Wednesday, October 16, 2013

Friday, October 11, 2013

Lawatan Belajar ke Stesyen MARDI Kluang

Lawatan belajar ke Stesyen MARDI Kluang iaitu aktiviti terakhir JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian tahun 2013 telah dilaksanakan pada hari Khamis (10hb Oktober 2013) dengan jayanya.  Lawatan belajar tesebut adalah kolaborasi dua buah sekolah iaitu SMK Sri Kukup dan SMK Telok Kerang dengan objektif yang jelas iaitu mengukuhkan kemahiran murid dalam aspek pembiakan tanaman dan ternakan.
Lawatan tersebut disertai 24 murid tingkatan 5 dari SMK Sri Kukup dan 16 murid tingkatan 4 dari SMK telok Kerang. Kemahiran murid dapat diperkukuhkan dengan melaksanakan sendiri amali pembiakan cantuman baji dan tut dengan bimbingan kakitangan mahir MARDI.
Sesi lawatan ke Pusat Embrio Haiwan Negara (NAEC) Stesyen MARDI Kluang dan berpeluang menerima penerangan serta tunjukcara melakukan aktivit permanian beradas bermula dari pemilihan baka sehingga menyuntik semen.  Murid juga diberi peluang melakukan sendiri aktiviti permanian beradas ke atas kambing dengan bantuan kakitangan MARDI.  Ia sangat mengujakan peserta lawatan.
JKDSPMPV mengucapkan tahniah kepada guru penggerak lawatan belajar ini iaitu Pn. Sabariah binti Md Arif dan Pn. Hamimah binti Hamim (SMK Sri Kukup) dan En. Nordin bin Ehsan (SMK Telok Kerang) atas inisiatif mereka melaksanakan lawatan.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada semua pegawai dan kakitangan Stesyen MARDI Kluang atas sambutan dan kerjasama yang amat baik sepanjang lawatan.
Terima kasih.

Saturday, October 5, 2013

Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian 2013

Lokasi : Tanjung Piai Resort, Pontian Johor Darul Takzim.

Sebahagian tempat penginapan : D402, D404 dan D406

Alhamdulilah..
Bengkel SKOR A+ Sains Pertanian Daerah Pontian tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna seperti dirancang bermula jam 2.00 petang hari jumaat (4hb Oktober) dan tamat sekitar jam 1.00 petang hari Sabtu (5hb Oktober). Sepanjang tempoh tersebut, peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah dan tips cara mendapat markah semaksima mungkin dalam peperiksaan kelak.
JKDSPMPV merakamkan ribuan terima kasih kepada :
1.  65 orang peserta dari seluruh daerah Pontian yang telah terpilih dan telah menunjukkan semangat, disiplin, sikap dan kerjasama yang amat baik.
2.  Tuan Hj. Abdul Wahid bin Mohd Yusof (Unit Teknik dan Vokasional, PPD Pontian) atas kerjasama beliau dari proses perancangan sehingga pelaksanaan bengkel ini. Terima kasih kerana bersama kami dari pendaftaran peserta sehingga menutup majlis rasmi bengkel SKOR A+.
3.  2 orang penceramah (Guru Cemerlang Sains Pertanian) yang sudi datang dan berkongsi ilmu bersama kami.  Beliau adalah En. Bukari bin Paiman (Kertas 1) dan En. Salem bin Amir (Keras 2).
4.  Semua guru pengiring (juga sebagai fasilitator, pemandu, pegawai keselamatan, pegawai kebajikan, ibu dan bapa kepada peserta) dari sekolah menengah daerah Pontian iaitu Pn. Sabariah dan Pn. Hamimah (SMK Sri Kukup), Pn. Yanti, Pn. Norizah, En. Rahman (SMK DMYS), En. Shahir (SMK Pt Betak), En. Aminuddin (SMK Ayer Baloi) dan Pn. Syuhada (SMK Telok Kerang).
5.  Semua pihak yang telah menjayakan bengkel SKOR A+ ini samada secara langsung atau tidak langsung...semoga kalian sentiasa dalam kerehdaan Illahi.
JKDSPMPV telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kami dan kami ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam bengkel tersebut.  Kami sentiasa mendoakan semoga semua calon SPM akan dapat menjawab dengan tepat dan mendapat keputusan terbaik.
Terima Kasih.

Tuesday, October 1, 2013

Siapakah dia orang yang kaya?

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)”. (al-'Ankabut : 29:64).

Nabi saw. bersabda: “4 perkara jika kamu pelihara sebaiknya maka kamu adalah orang yang kaya walaupun banyak kemegahan dunia tidak kamu miliki iaitu memelihara amanah, berkata jujur, baik akhlak, dan dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap”. (HR Ahmad dan Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta, tetapi kaya adalah kaya jiwa (hati)." (HR Muslim)


3 orang paling berharta di dunia : Majalah Forbes terbitan bulan Mac 2013