Friday, August 16, 2013

Storan Data Paling Besar?

  • Bait (B) merujuk kepada unit data yang terdiri daripada 8 bit yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan komputer peribadi. Bait mewakili aksara seperti huruf abjad, nombor dan simbol tipografi.
  • Kilobait (KB) membawa maksud "1,000" berdasarkan SI (International System of Units). Bagaimanapun, dalam bidang komputer, ia membawa maksud 1,024. Oleh yang demikian, satu Kilobait adalah bersamaan 1,024 bait.
  • Gigabait (GB atau Gbait) ialah unit maklumat atau storan komputer yang membawa pengertian 1000³ bait atau 1024³ bait (1000³ = satu bilion).
  • Terabait (TB) ialah istilah ukuran untuk muatan storan data. Nilainya berdasarkan radiks perpuluhan (asas 10) dan ditakrifkan sebagai satu trilion (skala pendek) bait, atau 1000 gigabait.
  • Petabait (PB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu kuadrilion bait.
  • Eksabait (EB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu kuintilion bait.
  • Zetabait (ZB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu sekstilion (satu triliard skala panjang) bait.
  • Yottabait (YB) ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan satu septilion (satu kuadrilion skala panjang atau 1024) bait. Pada masa ini, tidak terdapat sebarang komputer yang mempunyai storan sebesar satu yottabait. Sebenarnya, ruang bagi semua komputer di dalam dunia masih belum mencapai satu yottabait apabila digabungkan.
sumber : wikipedia