Thursday, August 30, 2012

Fokus Amali 06/2012

Bahan : Racun rumpai /serangga / perosak , Air
Alatan : Baldi / bekas, Penyembur sandang ( knapsack ) / penyembur tangan, Silinder penyukat, Sebatang kayu .
Langkah-langkah
A) Sebelum menyembur
1. Memakai pakaian pelindung yang sesuai
2. Memeriksa alat penyembur dan memastikan alat berfungsi
3. Membaca maklumat pada label racun kimia
4. Menyukat racun kimia mengikut sukatan yang disyorkan
5. Memasukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan
6. Memasukkan racun yang telah disukat ke dalam baldi itu.
7. Kacau campuran sehingga sebati menggunakan kayu.
8. Tuang campuran racun ke dalam tangki penyembur.
B) Semasa menyembur
1. Sembur pada sasaran
2. Ulang semburan sehingga rata pada semua bahagian.
C) Selepas menyembur
1. Bersih semua alatan.
2. Simpan racun yang berlebihan di tempat yang selamat
3. Tanam bekas racun yang kosong.
4. Bersihkan diri.
Langkah-langkah keselamatan.
1. Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia.
2. Bancuh racun di tempat terbuka.
3. Sembur racun mengikut arah angin.
4. Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.
5. Jangan meniup bahagian muncung penyembur yang tersumbat tetapi gunakan jarum halus.

Monday, August 13, 2012

Dr Iyadah bin Ayyub al-Kubaisi : 40 Amalan Ringan Berpahala Besar

Berikut adalah 40 amalan ringan yang mendapat pahala yang besar sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan:

1. Menyempurnakan Wudhu
2. Berjalan ke Masjid untuk Melaksanakan Sholat Fardhu
3. Mandi Hari Jumaat
4. Mengumandangkan Adzan
5. Mendengarkan Adzan
6. Berdoa setelah Mendengarkan Adzan
7. Mengamin Imam Waktu Sholat
8. mengucap "Rabbana Lakal Hamdu" dalam Sholat
9. Solat Dhuha
10. Duduk di Tempat Solat ( Menunggu Solat atau Setelah Solat )
11. Menghantarkan Jenazah
12. Puasa Hari Arafah
13. Puasa Asyura (10 Muharram)
14. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal
15. Puasa 3 hari Setiap Bulan
16. Sedekah dari Rezeki Halal
17. Membaca al-Quran
18. Membaca Surah al-Ikhlas
19. Membaca 2 ayat Terakhir Al-Baqarah Sebelum Tidur
20. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
21. Selawat kepada Nabi
22. Menghadiri Majlis Zikir
23. Zikir setelah Solat 5 Waktu
24. Bacaan setelah Solat Subuh, Asar dan Maghrib
25. Membaca Tasbih dan Tahmid I
26. membaca Tasbih dan Tahmid II
27. Membaca Tahlil
28. Membaca Hamdalah setelah Makan dan Minum
29. Mengucapkan Istighfar
30. Doa Kaffaratul Majlis
31. Menjauhkan Diri dari Syirik
32. Mencintai Saudara kerna Allah
33. Menyebarkan Salam
34. Mendoakan Sesama Muslim
35. Keutamaan 10 Dzulhijjah
36. Cinta Allah dan Rasul-Nya
37. Musibah atau Cubaan
38. Istikharah
39. Bercucuk tanam
40. Berdakwah

Sunday, August 12, 2012

Friday, August 10, 2012

Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.


Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi: Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa: Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Thursday, August 9, 2012

Bengkel Pembinaan Item


Bengkel Pembinaan Item Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2012 Untuk Mata Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4 Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian akan di adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh    : 14hb Ogos 2012
Hari       : Selasa
Masa     : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMK Telok Kerang
Rujukan surat : JPA6008.UTV/600-3/7jld 4 (3) bertarikh 27hb Julai 2012.
Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains Pertanian Daerah Pontian Di jemput hadir.
Harap Maklum.

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (iii)

Tuesday, August 7, 2012

Fokus K2 Bahagian A : Soalan 2 (ii)


Menilai Prestasi Bidang Usaha Berdasarkan Keuntungan Dan Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
a) Keuntungan bidang usaha bergantung kepada jumlah pengeluaran, harga hasil dan jumlah perbelanjaan.

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

b) Apabila jumlah pengeluaran meningkat dan harga jualan meningkat sementara jumlah perbelanjaan menurun atau tetap maka keuntungan akan meningkat.  PSRL yang tinggi menunjukkan bidang usaha berdaya saing dan menguntungkan.

PSRL = Jumlah pendapatan / Jumlah perbelanjaan

Keputusan masa depan bidang usaha:
1) Meneruskan bidang usaha (membesarkannya / meneruskan ) jika :
           a. PSRL tinggi
           b. Keuntungan tinggi .
2) Membubarkan bidang usaha jika :
           a. kerugian yang tinggi dan
           b. kerugian dijangka berpanjangan (jual semua aset sebelum menutup ladang.)
3) Menggantikan dengan bidang usaha yang lain, jika :
           a. terdapat saingan sengit,
           b. sukar mendapat bekalan input,
           c. harga pasaran yang terlampau rendah.
4) Mengubahsuai pengurusan bidang usaha dilakukan jika :
           a. pengusaha yang menyebabkan kerugian
           b. pengurusan tidak cekap

Monday, August 6, 2012