Monday, July 30, 2012

Fokus Amali 05/2012


Tajuk : Mengkaji kesan kalsium ( CaC2) ke atas kemasakan buah pisang.

Bahan : 8 biji pisang hijau, 2 biji pisang masak, Kalsium karbida ( CaC2)
Alatan : Spatula, kain belacu / pembungkus dan 4 bekas plastik bertudung.
Langkah-langkah
1. Sediakan dua bekas bertudung yang bersih dan kering.
2. Labelkan A dan B
3. Masukkan 2 biji pisang hijau dalam setiap bekas
4. Bungkus ¼ sudu pepejal kalsium karbida ( CaC2) dengan kain belacu
5. Letakkan ke dalam bekas A
6. Tutup bekas A dengan segera.
7. Bekas B sebagai radas kawalan.
8. Lakukan pemerhatian selepas 3 hari.
9. Catatkan pemerhatian.
Langkah keselamatan
1. Jangan kenakan air pada kalsium karbida ( CaC2) .
2. Jauhkan punca api dari kawasan eksperimen
3. Elakkan dari menghidu gas yang terhasil dari kalsium karbida ( CaC2) kerana ia
mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.
Pemerhatian
Selepas 3 hari, didapati pisang di dalam bekas A telah masak ( berubah ke warna kuning ) manakala pisang di dalam bekas B belum masak ( masih berwarna hijau ) .

Wednesday, July 25, 2012

Tahniah

Tuesday, July 24, 2012

Fokus Amali 04/2012

Panapaian Ubi Kayu
Bahan : Ubi kayu, Ragi (½ biji - dihancurkan)

Alatan : Dulang / talam, Kain, Senduk, Periuk kukus, Bekas plastik lut sinar, Sudu dan Pisau

Langkah-langkah
1. Kupas ubi kayu.
2. Kikis bahagian yang berlendir dengan menggunakan belakang pisau.
3. Potong mengikut saiz yang sesuai
4. Basuh hingga bersih.
5. Rebus ubi kayu hingga empuk.
6. Buang air rebusan
7. Letakkan ubi kayu dalam talam.
8. Biarkan sejuk
9. Hancurkan ragi.
10. Tabur di atas ubi kayu
11. Gaul hingga rata.
12. Bungkus dengan daun pisang.
13. Sediakan satu besen yang dilapik dengan kain dan daun pisang (untuk pemeram)
14. Susun bungkusan tapai dalam besen tadi. Tutup lapisan atas dengan kain dan besen ditutup rapat
15. Selepas hari ke 2 atau ke 3, tapai sedia untuk dimakan.

Langkah keselamatan
1. Jangan peram tapai dalam peti sejuk
2. Jangan sentuh ragi dengan tangan yang tidak bersih

Sunday, July 22, 2012

Ulangkaji Puasa (3)


Sunat-sunat puasa

1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Saturday, July 21, 2012

Waktu Solat bulan Ramadhan 1433H (Julai / Ogos 2102)


Untuk panduan bersama pada bulan yang mulia ini.

Thursday, July 19, 2012

Ulangkaji Puasa (2)

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim

Syarat Sah
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Tuesday, July 17, 2012

Ulangkaji Puasa (1)


Perintah untuk berpuasa berdasarkan firman Allah bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa
1. Puasa wajib :
 Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

2. Puasa Sunat :
 Puasa dalam bulan Sya’ban,
 Puasa 6 hari dalam bulan Syawal,
 Puasa Arafah pada 9 zulhijjah,
 Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram,
 Puasa pada hari Isnin dan Khamis,
 Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
 Puasa satu hari berbuka satu hari
 Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
 Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

3. Puasa Makruh :
 Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
 Berpuasa sepanjang tahun

4. Puasa Haram :
 Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
 Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
 Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
 Puasa perempuan haid & Nifas
 Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Monday, July 16, 2012

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak


Insyaallah...Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi.  Elok rasanya kita perkemaskan pemahaman asas kita berkaitan dengan bulan mulia ini termasuk rukun puasa, perkara membatalkan puasa, amalan sunnah pada bulan Ramadhan dan sebagainya.
JKD mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan amalan sunnah yang lain kepada semua warga pendidik dan murid yang beragama islam.  Semoga Ramadham kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Monday, July 9, 2012

Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2012 (Malaysia Design Competition)

Untuk keterangan lanjut berkaitan pertandingan tersebut sila layari http://www.mrm.gov.my/

Thursday, July 5, 2012

Bengkel Kecemerlangan Sains Pertanian Daerah Pontian 01/2012


Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKD) Mata Pelajaran Sains Pertanian Pontian dengan kerjasama Jurulatih Utama (JU) Sains Pertanian Negeri Johor telah melaksanakan bengkel tersebut pada 5hb Julai 2009 bermula jam 8.30 hingga 1.00 tengahari.
Bengkel tersebut disertai 54 calon SPM 2012 terpilih Daerah Pontian.  Bengkel kecemerlangan ini memberi tumpuan kepada soalan kertas 2 dan ia dilaksanakan secara perbengkelan iaitu penerangan, perbincangan dan menjawab latihan dengan bimbingan JU dan guru-guru SP daerah Pontian.
JKD merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu program ini terutama SMK Ayer Baloi (menyediakan tempat), penceramah jemputan iaitu En. Salem bin Amir dan En. Mohd Sharif bin Omar, guru-guru SP daerah Pontian, peserta-peserta dan semua yang menjayakan bengkel ini secara langsung atau tidak.
Semoga bengkel ini membantu murid meningkatkan prestasi SPM 2012.